29 Julai 2007

AKTIVITI MINGGU KEMANUSIAAN

Minggu lepas (23/7 - 28/7) adalah Minggu Kemanusian dimana beberapa aktiviti sempat dilaksanakan. Antaranya ialah Program Senamrobik di bawah Unit pendidikan dan Jasmani kelolaan Pn. Suffiah Muhammad telah berjaya dijalankan pada hari Jumaat lepas dimana pihak Women 's Health Society telah dijemput menjayakan acara senamrobik ini. Walaupun cuaca pada mulanya tidak mengizinkan tetapi semua warga SMKTBR gembira dan memberikan kerjasama yang baik. Selain daripada itu, Kelab Seni kelolaan Pn. Ruhani Yusoff pula telah melakarkan kejayaan melukis jalur gemilang terpanjang SMKTBR. Tahniah !

Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang minggu lepas.



24 Julai 2007

Ujian Penilaian Kali ke 2 & Latih - tubi PMR

Ujian Penilaian ke 2

Semua pelajar tingkatan 1 - 5 sedang menjalani Ujian Penilaian Bulanan kali kedua bermula 24hb-26hb Julai 2007. Diharapkan pelajar-pelajar akan menunjukkan prestasi lebih baik pada ujian kali ini berbanding dengan ujian 1 dan peperiksaan pertengahan tahun yang lepas.

Program Latih-tubi PMR

Bagi pelajar tingkatan 3 pula, minggu hadapan sudah bermula program latih-tubi PMR seperti yang telah dijadualkan dalam takwim sekolah. Jadual latih-tubi ini sudah disediakan oleh SU PMR Pn. Norkhairul Bariah dan akan diedarkan ke setiap kelas minggu ini. Diharapkan semua pelajar bersedia dan bersungguh-sungguh mengikuti latihan setiap set soalan yang disediakan bagi semua subjek.

19 Julai 2007

MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL

Aktiviti Minggu Teknik & Vokasional.

Minggu ini adalah minggu Unit Teknik dan Vokasional. Pelbagai aktiviti menarik di jalankan untuk mencungkil bakat pelajar . Antaranya pertandingan memasak, gubahan, rekacipta, kuiz, pertandingan persembahan powerpoint, kempen sayangi perabot dan berbagai lagi aktiviti. Pihak sekolah berbangga dengan pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti dan yang telah menunjukkan kesungguhan mereka. Sebenarnya inilah masa pelajar menonjolkan bakat dan kreativiti mereka. Diharapkan kesungguhan itu akan terus berkekalan dan melibatkan ramai lagi pelajar-pelajar lain.


Gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang minggu unit Teknik & Vokasional.

15 Julai 2007

'Micro Teaching Buddy Support System'


Pada hari Jumaat 13 Julai 2007, semua guru-guru Sains dan Matematik SMKTBR(1), telah berjaya mengadakan satu lagi aktiviti micro-teaching buddy support system yang merupakan satu aktiviti wajib kepada semua guru-guru Sains dan Matematik. Guru-guru dikehendaki menjalankan satu sesi micro teaching selama 7 minit dan dinilai oleh guru-guru Bahasa Inggeris. Markah penilaian diberikan, dan laporan dihantar ke JPN oleh Penyelaras. Tahniah.

Aktiviti Minggu Sains dan Matematik

Sepanjang minggu lepas(9 hingga 13 Julai 2007), pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan, antaranya; Pertandingan GMath, Sudoku, Tower of Hanoi, teka silangkata, permainan menguji minda, tayangan filem dokumentari dan pelagai lagi aktiviti berkaitan Sains dan Matematik. Pada keseluruhannya tahun ini, penyertaan dari para pelajar semakin bertambah, ini menunjukkan perkembangan dikalangan pelajar-pelajar SMKTBR(1), semoga di tahun akan datang lebih ramai lagi para pelajar terlibat.


Berikut adalah antara gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakamkan sempena Minggu Sains dan Matematik SMKTBR(1).

Tahniah kepada pelajar yang mengambil bahagian dan yang telah berjaya memenangi pertandingan yang diadakan. Kepada yang gagal, masih ada peluang untuk mencuba di tahun hadapan.

13 Julai 2007

Program SEED


Pihak Sekolah telah menerima kehadiran Ahli Parlimen Hulu Selangor, Dato' G.Palanivel bagi menjayakan Program SEED(Secondary School English Developement), pada 12 Julai 2007, di dewan D'Anjung Bunga Raya, SMKTBR(1). Di dalam majlis ini, beliau telah menyerahkan 5 buah buku Bahasa Inggeris kepada setiap pelajar tingkatan 4 dan 5 sebagai bahan bacaan tambahan untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar.

11 Julai 2007

FIESTA RIA BUNGA RAYA 2007

FIESTA RIA BUNGA RAYA SMKTBR(1)
Anjuran : PIBG DAN UNIT KOKURIKULUM SMKTBR(1)
Tema : BERBELANJA SAMBIL MENDERMA
Tarikh : 5 OGOS 2007
Hari : AHAD
Masa : 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat : Dataran Bunga Raya SMKTBR(1)
Aktiviti :
  1. Jualan Makanan dan Minuman
  2. Permainan dan Hiburan
  3. Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
  4. Pameran badan-badan Kerajaan dan Swasta
Semua urusniaga pada hari FIESTA RIA BUNGA RAYA 2007 menggunakan KUPON sahaja.

Bulan Pusat Sumber Sekolah

Bulan Pusat Sumber Sekolah(PSS) merupakan salah satu aktiviti tahunan dalam takwim PSS sekolah. Program ini perlu diadakan supaya para pelajar dapat didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkaitan dengan pelbagai bidang akademik iaitu Bidang Bahasa, Sains dan Matematik, Teknik dan Vokasional dan Sains Sosial. Disamping itu, program ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan. Bulan PSS dianjurkan dengan kerjasama semua panitia mata pelajaran mengikut bidang masing-masing.

Tarikh Pelaksanaan :

Minggu Bahasa (02/07/07 hingga 06/07/07)
Minggu Sains dan Matematik (09/07/07 hingga 13/07/07)
Minggu Teknik dan Vokasional (16/07/07 hingga 20/07/07)
Minggu Kemanusiaan (23/07/07 hingga 27/07/07)

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah : (30/07/07)

Sasaran : Semua pelajar SMKTBR(1)



Nama :
Jawatan :
Emel :
Maklum-balas Anda :



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA (1)
No.1, Jalan Bunga Raya, Taman Bunga Raya,
Bukit Beruntung 48300 Rawang Selangor.
Tel & Fax :03-60216189
Emel : smktbr_bb@yahoo.com.my