12 Januari 2008

Blog Baru Versi 2.0





Pihak pengurusan Blog sekolah(Unit Makmal ICT Sekolah) dalam proses membangunkan blog baru (versi 2.0) untuk sekolah dan blog ini masih dalam proses pembangunan. Untuk tahun 2008 ini, briget IT sekolah yang disertai oleh para pelajar dan guru yang berminat untuk mengurus Blog Sekolah akan diwujudkan. Kepada pelajar atau guru yang berminat sila hubungi / berjumpa dengan Puan Zamrah Mokhtar.

12 November 2007

KURSUS APLIKASI ICT

Kursus Aplikasi ICT sedang dijalankan di makmal komputer SMKTBR1 selama 3 hari bermula 12hb hingga 14hb November. Kursus ini melibatkan 20 orang guru SMKTBR1 dan 2 orang jurulatih yang telah menghadiri kursus ini terdahulu diperingkat daerah. Kursus ini memberi pendedahan kepada guru-guru tentang aplikasi ICT dalam p&p. Diharapkan selepas ini guru-guru dapat menggunakan apa yang diperolehi dalam kursus selama 3 hari ini untuk memantapkan lagi proses p&p khasnya. Kepada guru-guru yang terlibat "SELAMAT BERKURSUS".

02 November 2007

Googlemaps SMKTBR

Pihak MICT SMKTBR telah menyediakan link SMKTBR Googlemaps untuk memudahkan semua pelajar & guru meninjau lokasi melalui imej satelit yang disediakan oleh Google Maps. Lokasi utama akan dikemaskini dari masa ke semasa. Anda juga boleh memuat-turun dan mencetak peta satelit SMKTBR yang telah dicerap dari Google Maps yang disediakan dengan kerjasama Sentralpoint Systems.

Sila klik link di bawah atau link yang disediakan di 'sidebar' :

1. SMKTBR Googlemaps
2. Peta Satelit SMKTBR (klik 'Save Target As...' untuk muat-turun)

09 Oktober 2007

04 September 2007

Peperiksaan Percubaan SPM 2007

Peperiksaan Selaras Percubaan SPM sudah pun bermula semalam. Subjek Bahasa Tamil mendahului mata pelajaran lain. Peperiksaan percubaan ini akan mengambil masa selama tiga minggu secara keseluruhannya, bermula 3 Sept. hingga 23 Sept. 2007.
Bagi calon-calon SPM sekolah diucapkan semoga berjaya . Berilah tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan percubaan ini dan menjawablah dengan bersungguh-sungguh. Kami guru-guru sentiasa mengharapkan pelajar-pelajar SMKTBR memberikan yang terbaik.

16 Ogos 2007

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Perasmian sambutan bulan kemerdekaan peringkat sekolah telah dilaksanakan oleh Pn. Hajah Jamilah Hussein , pengetua SMKTBR1. Panitia Sejarah dengan kerjasama panitia Moral dan Panitia Sivik telah mengelolakan majlis perasmian sambutan ini. Nyanyian lagu-lagu patriotik, kibaran jalur gemilang dan persembahan sketsa bertemakan kemerdekaan oleh pelajar-pelajar telah dilaksanakan dalam majlis sambutan kemerdekaan ini. Mudah-mudahan sepanjang bulan ini semua warga SMKTBR lebih menghayati dan menghargai kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 50 tahun.

06 Ogos 2007

FIESTA RIA BUNGA RAYA




01 Ogos 2007

Promosi Fiesta Ria

Minggu ini pasukan AJK Kupon rancak mengadakan promosi di beberapa buah sekolah dan tadika sekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Pasukan ini diketuai oleh Pn Fauziah Saad dan beberapa orang guru serta beberapa orang pelajar . Kami mengedarkan flyers dan menjual kupon . Bagi memeriahkan lagi promosi kami , tiga orang pelajar telah memakai kostum badut dan hantu-hantu dari rumah hantu krew juga turut serta. Ucapan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah memberi peluang kepada kumpulan kami untuk mengadakan promosi seperti SMK Bukit Sentosa, SK Taman Bunga Raya, SK Bukit Sentosa, SK Bukit Beruntung dan Tadika Sun Shine Kids. Harapan kami mudah-mudahan ramai yang akan datang memberi sokongan membeli sambil menderma pada 5 Ogos nanti.


.



Nama :
Jawatan :
Emel :
Maklum-balas Anda :



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA (1)
No.1, Jalan Bunga Raya, Taman Bunga Raya,
Bukit Beruntung 48300 Rawang Selangor.
Tel & Fax :03-60216189
Emel : smktbr_bb@yahoo.com.my