30 Jun 2007

Gotong-royong dan EFAC

Sempena hari persekolahan bagi cuti ganti hari Raya Aidilfitri, SMKTBR meneruskan aktiviti gotong-royong menceriakan persekitaran sekolah. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan gotong-royong adalah para pelajar tingkatan 2, manakala pelajar-pelajar tingkatan 4 menyertai aktiviti EFAC(English For All Camp). Pelajar tingkatan 3 dan 5 terlibat dengan kelas tambahan.

29 Jun 2007

Keputusan Pertandingan GMATH Peringkat Hulu Selangor.

Pertandingan GMATH Peringkat Hulu Selangor yang diadakan semalam, Khamis bersamaan 28 Jun 2007 di SMKTBR telah di menangi oleh SJKC Serendah untuk kategori sekolah rendah dan untuk kategori sekolah menengah ianya telah dimenangi oleh SMK Bukit Sentosa. Tahniah kepada semua pemenang, para peserta dan semua guru-guru yang terlibat dalam melaksanakan pertandingan ini dengan jayanya.


Keputusan :

Kategori Sekolah Rendah :

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan(C), Serendah.

Kategori Sekolah Menengah :

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa.


Gambar suasana pertandingan yang sempat dirakamkan :




24 Jun 2007

PERTANDINGAN G-MATH DAERAH HULU SELANGOR

Pertandingan ini akan diadakan pada 28/6/07 (Khamis) di SMK Taman Bunga Raya(1) selaku tuan rumah pada tahun ini. Pertandingan ini adalah kali yang kedua. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu sekolah rendah (Thn 4 - 6) dan kategori sekolah menengah pula dari tingkatan 1 - 2.
Johan dalam pertandingan ini akan mewakili daerah Hulu Selangor dalam peringkat negeri pada Julai nanti di Kuala Selangor dan peringkat kebangsaan pada bulan Ogos di Karnival Akademik Kuala Trengganu.

Nama :
Jawatan :
Emel :
Maklum-balas Anda :



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA (1)
No.1, Jalan Bunga Raya, Taman Bunga Raya,
Bukit Beruntung 48300 Rawang Selangor.
Tel & Fax :03-60216189
Emel : smktbr_bb@yahoo.com.my